Penyebab perang Perang_Bosnia

1992

Pada peringkat awal Perang Bosnia, tentera Serb menyerang penduduk awam Muslim Bosnia di timur Bosnia.[90][91] Setelah bandar dan kampung berjaya ditawan oleh mereka, pasukan bersenjata Serb – tentera, polis, para-tentera dan kadang kala penduduk kampung Serb – menggunakan kaedah yang sama: rumah dan apartmen dijarah dan dibakar, orang awam dikepung dan ditawan, dan kadang kala dipukul atau dibunuh. Lelaki dan wanita diasingkan, dengan kebanyakan mereka dibunuh beramai-ramai atau ditahan dalam kem-kem. Wanita dan kanak-kanak ditahan dalam pelbagai pusat-pusat tahanan di mana mereka tinggal dalam keadaan kebersihan yang amat teruk, mereka juga dilayan dengan buruk termasuk dirogol berkali-kali. Tentera atau polis Serb akan datang ke pusat-pusat tahanan, memilih seorang atau lebih wanita dan gadis, membawa mereka keluar untuk dirogol.[90][91] Serb memiliki banyak kelebihan kerana memiliki persenjataan berat (meskipun kekuatan yang lebih kecil) yang mana telah diberikan oleh Tentera Darat Rakyat Yugoslavia dan menguasai kebanyakan kawasan di mana penduduk Serb merupakan majoriti serta kawasan di mana mereka merupakan minoriti yang penting di kedua-dua kawasan bandar dan desa kecuali di bandar-bandar yang lebih besar seperti di Sarajevo dan Mostar.[petikan diperlukan]

Seorang mangsa serangan mortar dihantar ke hospital Sarajevo pada tahun 1992.

Pengepungan Sarajevo bermula pada awal bulan April 1992. Kebanyakan kawasan di ibu negara Sarajevo dipertahankan oleh Bosniak.[petikan diperlukan] Semasa tempoh 44 bulan dikepung, keganasan terhadap para penduduk Sarajevo pada tahap yang berbeza-beza, akan tetapi tujuannya masih sama: menimpakan kesusahan pada rakyat jelata bagi memaksa pihak berkuasa Bosnia untuk menerima tuntutan-tuntutan etnik Serb.[92] VRS mengepungnya (atau dengan kata lain pihak tentera Serb menempatkan diri mereka di kawasan-kawasan yang mengelilingi Sarajevo yang dikenali sebagai Cincin Sarajevo), mengatur gerak tentera dan artileri ke bukit-bukit yang terletak di sekelilingnya yang mana menjadi peristiwa pengepungan terpanjang dalam sejarah peperangan moden iaitu hampir selama empat tahun.[93]

Majlis pengkebumian semasa Pengepungan Sarajevo pada tahun 1992

Pada bulan Mei 1992, serangan ke atas konvoi Tentera Darat Rakyat Yugoslavia berlaku. Pada bulan April–Mei 1992, serangan-serangan ganas di bahagian timur dan timur laut Bosnia bermula. Dalam serangan-serangan pada bulan April oleh para pemimpin SDS, bersama-sama dengan para pegawai medan dari Markas Tentera Kedua dari bekas JNA, telah dilakuakan di tinur negara dengan tujuan untuk menawan kedudukan-kedudukan strategik serta membuat halangan komunikasi dan maklumat. Serangan-serangan ini mengakibatkan sejumlah besar penduduk maut dan cedera.[94]

Menjelang bulan Jun 1992, jumlah pelarian dan penduduk yang dihalau keluar mencapai 2.6 juta orang.[95]

Persetujuan Graz kemudian telah ditandatangani antara para pemimpin Serb Bosnia dan Croat Bosnia pada awal bulan Mei 1992. Perang Bosniak-Croat bermula pada Jun 1992. Menjelang September 1992, Croatia telah menerima 335,985 orang pelarian daripada Bosnia dan Herzegovina, yang mana kebanyakannya adalah orang awam dari etnik Bosniak.[96] Jumlah besar para pelarian ini memberi kesan kepada ekonomi dan infrastuktur Croatia.[97]

Dalam satu wawancara pada 8 November 1993, duta A.S. ke Croatia, Peter Galbraith, cuba untuk meletakkan para pelarian Muslim di Croatia dalam satu perspektif yang lebih baik. Beliau berkata keadaan menyamai Amerika Syarikat di mana mereka telah menerima 30,000,000 pelarian.[98] Jumlah pelarian Bosnia di Croatia pada masa itu hanya dipintas oleh jumlah pelarian yang berada di dalam Bosnia dan Herzegovina, iaitu seramai 588,000 orang.[96] Serbia took in 252,130 refugees from Bosnia, while other former Yugoslav republics received a total of 148,657 people.[96]

Pada bulan Jun 1992, Serb Bosnia memulakan Operasi Vrbas '92 dan Operasi Koridor. Terdapat saebuah laporan mengatakan kematian dua belas orang bayi yang baru lahir di hospital Banja Luka di sebabkan kekurangan botol oksigen untuk inkubator telah dipetik sebagai penyebab utama,[99] akan tetapi kebenaran akan penyebab kematian ini dipersoalkan. Borisav Jović, seorang pegawai berpangkat tinggi Serbia pada masa itu dan anggota Kepresidenan Yugoslavia, telah mendakwa laporan itu hanyalah satu propaganda perang, mengatakan bahawa Banja Luka hanya memiliki dua buah kilang pembotolan oksigen dalam kawasan sekitar dan secara umumnya mampu berdikari tanpa masalah.[100]

Pada Jun 1992, Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPROFOR) yang pada asalnya diaturgerak ke Croatia mendapat mandat untuk meluaskan operasi ke dalam Bosnia dan Herzegovina, awalnya untuk melindungi Lapangan Terbang Antarabangsa Sarajevo. Pada September, peranan UNPROFOR telah diperluaskan untuk melindungi bantuan kemanusian dan membantu penghantaran bantuan di seluruh Bosnia dan Herzegovina, selain untuk melindungi pelarian awam apabila diperlukan oleh Palang Merah.[petikan diperlukan]

Kempen penghapusan etnik di timur Bosnia 1992

Awalnya, tentera Serb menyerang penduduk bukan Serb di timur Bosnia. Apabila bandar dan kampung berjaya ditawan oleh mereka, tentera Serb – tentera, polis, separa tentera and, kadang kala penduduk awam Serb – menggunakan corak yang sama: rumah dan apartmen etnik Bosniak akan diselongkar dan dibakar secara sistematik, penduduk awam Bosniak akan dikepung atau ditawan, dan kadang kala dipukul atau dibunuh. Lelaki dan wanita akan diasingkan, dengan kebanyakkan daripada mereka ditahan di dalam kem.[91]

Wilayah Prijedor

Para tahanan di Kem Trnopolje, berdekatan Prijedor. (Gambar atas ihsan ICTY)

Pada 23 April 1992, SDS memutuskan inter alia iaitu kesemua unit-unit Serb dengan segera akan bersedia untuk mengambil alih perbandaran Prijedor melalui JNA. Menjelang penghujung bulan April 1992, sejumlah balai polis Serb rahsia ditubuhkan di perbandaran ini dengan lebih daripada 1,500 orang Serb bersenjata telah bersedia untuk mengambil bahagian dalam pengambilalihan ini.[60]

Sebuah pengistiharan pengambilalihan telah yang disediakan oleh para ahli politik Serb dari SDS telah dibaca di Radio Prijedor pada hari pengambilalihan yang diulang-ulang sepanjang hari. Pada malam 29–30 April 1992, pengambilalihan ini terjadi. Para pekerja di stesen keselamatan awam dan polis simpanan telah berhimpun di Cirkin Polje, yang mana merupakan sebahagian daripada bandar Prijedor. Hanya etnik Serb yang hadir dan ada antara mereka yang memakai seragam tentera. Orang-orang ini telah ditugaskan untuk mengambil alih kuasa di perbandaran dan yang mana dipecahkan kepada lima buah kumpulan. Setiap kumpulan seramai dua puluh orang memiliki seorang ketua yang setiap kumpulan telah diarahkan untuk menguasai beberapa bangunan tertentu. Sebuah kumpulan bertanggungjawab untuk bangunan Perhimpunan, sebuah untuk bangunan polis, sebuah untuk mahkamah, sebuah untuk bank dan terakhir sekali pejabat pos.[60]

Pihak berkuasa Serb telah mewujudkan kem tahanan dan mengenal pasti siapa yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kem-kem ini. Kilang Keraterm telah ditukar menjadi sebuah kem pada atau sekitar 23–24 Mei 1992.[60] Kompleks lombong Omarska terletak sekitar 20 km daripada bandar Prijedor. Kumpulan pertama tahanan telah dibawa ke kem ini sekitar akhir bulan Mei 1992 (antara 26 dan 30 Mei). Berdasarkan dokumen pihak berkuasa Serb di Prijedor, 3,334 orang telah ditahan di kem ini bermula pada 27 Mei sehingga 16 Ogos 1992. 3,197 orang darinya adalah Bosniak (iaitu Muslim Bosnia), dan 125 orang adalah etnik Croat. Kem Trnoplje telah dibina di kampung Trnoplje pada 24 Mei 1992. Kem ini telah dikawal di semua penjuru oleh tentera darat Serb. Terdapat kubu-kubu mesingan dan pos-pos bersenjata yang mengacu senjata mereka ke aras kem. Beribu-ribu prang telah ditahan didalam kem ini. Majoriti besar adalah Muslim Bosnia; dan beberapa etnik Croat.[60]

ICTY menyimpulkan bahawa pengambilaihan oleh Serb adalah coup d'état yang tidak sah, yang mana telah dirancang dan diatur buat sekian lama dengan tujuan utama untuk mewujudkan sebuah perbandaran Serb sepenuhnya. Rancangan-rancangan ini tidak pernah disembunyikan dan dilakukan dalam satu tindakan yang diatur oleh polis, tentera dan ahli politik Serb. Salah seorang perancang utama adalah Milomir Stakić, yang mana telah memainkan peranan penting dalam politik di perbandaran ini.[60]

Tentera JNA yang berada di bawah kawalan Serbia menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus kawasan Prijedor sebelum berundur secara rasmi pada 19 Mei bagi semua askar bukan Bosnia.[101] Kejayaan ini banyak di sebabkan ia dilengkapi dengan persenjataan yang lebih baik dan tersusun berbanding tentera Bosniak dan Croat Bosnia. Mereka menyerang kawasan-kawasan yang memiliki komposisi etnik bercampur-campur. Doboj, Foča, Rogatica, Vlasenica, Bratunac, Zvornik, Prijedor, Sanski Most, Ključ, Brčko, Derventa, Modriča, Bosanska Krupa, Bosanski Brod, Bosanski Novi, Glamoč, Bosanski Petrovac, Čajniče, Bijeljina, Višegrad, Donji Vakuf, dan sebahagian Sarajevo merupakan kawasan di mana dikuasai oleh etnik Serb dan menghalau keluar Bosniak dan Croat. Kawasan-kawasan dengan majoriti sebuah etnik sahaja terselamat dari pertempuran besar seperti Banja Luka, Bosanska Dubica, Bosanska Gradiška, Bileća, Gacko, Han Pijesak, Kalinovik, Nevesinje, Trebinje, dan Rudo di mana penduduk bukan etnik Serb dihalau keluar. Wilayah di tengah Bosnia dan Herzegovina (Sarajevo, Zenica, Maglaj, Zavidovići, Bugojno, Mostar, Konjic, dsb.) melihat penghijrahan keluar etnik Serb ke kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Serb di Bosnia dan Herzegovina.[petikan diperlukan]

Majlis Pertahanan Croat mengambil alih tengah Bosnia

Tekanan yang diberikan oleh tentera Serb yang bersenjata berat di Bosnia-Herzegovina dan Croatia, tentera utama Croat – HVO (Majlis Pertahanan Croatia) mengalih fokus mereka dari mempertahankan wilayah-wilayah mereka di Bosnia daripada etnik Serb kepada usaha untuk menawan wilayah-wilayah yang masih berada dalam tangan Tentera Darat Bosnia. Bagi menjayakannya, tentera HVO mesti mematahkan tentangan kumpulan bersenjata sederhana Pasukan Pertahanan Croatia (HOS) dan mengalahkan Tentera Darat Bosnia, oleh kerana wilayah yang dimahukan oleh HVO berada dalam kawalan kerajaan Bosnia. HVO, dengan sokongan padu daripada tentera Croatia telah menyerang penduduk awam Bosniak di Herzegovina dan tengah Bosnia yang mana memulakan pembersihan etnik di kawasan yang didiami oleh penduduk Bosniak.[petikan diperlukan]

Persetujuan Graz pada Mei 1992 menyebabkan perpecahan yang lebih besar di dalam komuniti Croat dan menguatkan kumpulan pemisah, yang mana mengakibatkan konflik dengan Bosniak. Salah seorang daripada pemimpin utama Croat yang pro-kesatan adalah Blaž Kraljević, pemimpin dalam Tentera Pertahanan Croatia (HOS) yang mana juga mempunyai agenda nasionalis Croatia tetapi tidak seperti HVO, ia menyokong kerjasama dengan Bosniak. Pada Jun 1992, fokus berpindah ke Novi Travnik dan Gornji Vakuf di mana usaha-usaha Majlis Pertahanan Croat (HVO) untuk mendapat kawalan ditentang. Pada 18 Jun 1992, pasukan Pertahanan Wilayah Bosnia di Novi Travnik menerima sebuah ultimatum daripada HVO yang mana termasuk tuntutan untuk menghapuskan institusi Bosnia dan Herzegovina, mewujudkan pihak berkuasa dalam Komuniti Croat di Herzeg-Bosnia dan memberi kesetiaan kepadanya, penyerahan diri Pertahanan Wilayah kepada HVO dan mengusir pelarian Muslim, kesemuanya dalam masa 24 jam. Serangan telah dilancarkan pada 19 Jun. Sekolah rendah dan pejabat pos telah diserang dan dirosakkan.[102]

Tentera Bosnia yang kekurangan senjata, bertempur di dua perbatasan, di mana berjaya mengundurkan Croat dan mendapat semula wilayah. Pada masa ini, di sebabkan kedudukan geografi mereka, Bosnia telah dikepung oleh tentera Croat dan Serb di semua arah. Tiada cara untuk mengimport senjata atau makanan. Apa yang menyelamatkan Bosnia pada waktu ini adalah kompleks industri berat yang mampu diubah ke kompleks pengeluaran peralatan ketenteraan. Pada Ogos 1992, pemimpin HOS Blaž Kraljević telah dibunuh oleh tentera HVO, yang mana melemahkan kumpulan sederhana yang berharap kerjasama di antara Bosniak dan Croat dapat dikekalkan.[103]

Pada Oktober 1992, tentera Croat menyerang Bosniak di Prozor, membunuh penduduk awam dan membakar rumah. Berdasarkan pada pendakwaan rasmi ICTY ke atas Jadranko Prlić, tentera HVO membersihkan hampir kesemua Muslim daripada bandar Prozor dan beberapa kampung sekitarnya.[58]

1993

Pada 8 Januari 1993, Serb telah membunuh timbalan perdana menteri RBiH Hakija Turajlić selepas menghentikan konvoi PBB yang membawa beliau daripada lapangan terbang.[104]

Beberapa perjanjian gencatan senjata ditandatangani dan kemudian dilanggar apabila satu pihak merasakan ia memberi kelebihan kepada mereka. PBB berulang kali cuba tetapi gagal untuk menghentikan perang dan Rancangan Dami Vance-Owen yang menjadi harapan pada separuh pertama tahun 1993 memberi kesan yang kecil. Kebanyakan tahuan 1993 dikuasai dengan Perang Bosniak-Croat. Pada Januari 1993, tentera Croat telah menyerang Gornji Vakuf, bagi memisahkan Herzegovina daripada Bosnia.[58]

Pada 22 Februari 1993, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 808 yang memutuskan "bahawa sebuah tribunal antarabangsa akan ditubuhkan untuk mendakwa individu yang bertanggungjawab dalam melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa". Pada 15–16 Mei, 96% dari etnik Serb mengundi untuk menolak rancangan damai Vance-Owen. Selepas kegagalan rancangan ini, yang mana mengakibatkan perpecahan negara kepada tiga buah entiti etnik, sebuah konflik bersenjata meletus antara Bosniak dan Croat berkenaan 30 peratus wilayah yang dikuasau oleh Croat. Rancangan damai ini merupakan salah satu faktor yang membawa kepada peningkatan ketegangan konflik, apabila Lord Owen mengelakan pihak berkuasa Croat yang lebih sederhana (menyokong kesatuan Bosnia) dan berunding secara terus dengan unsur-unsur ekstrem (mereka yang memilih untuk berpisah).[105]

Pada 25 Mei 1993, Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) yang secara rasminya ditubuhkan oleh Resolusi 827. Pada April 1993, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Resolusi 816, yang meminta negara-negara anggota menguatkuasakan zon larangan terbang di Bosnia-Herzegovina. Pada 12 April 1993, NATO memulakan Operasi Larangan Terbang untuk menguatkuasakan zon larangan terbang.[105]

Pengeboman Gornji Vakuf

Gornji Vakuf adalah sebuah bandar yang terletak di selatan Lembah Lašva dan mempunyai kepentingan strategik di persimpangan en route ke Bosnia Tengah. Ia terletak 48 kilometer daripada Novi Travnik dan sekitar sejam pemanduan daripada Vitez dengan menggunakan kenderaan berperisai. Bagi puak Croat, ia menjadi penghubung penting antara Lembah Lašva dan Herzegovina, dua buah wilayah yang termasuk dalam Komuniti Croat di Herzeg-Bosnia yang diistiharkan sendiri. Pengeboman oleh tentera Croat memusnahkan kebanyakan pusat-pusat bersejarah di bandar Gornji Vakuf menjadi debu.[102]

Pada 10 Januari 1993, sebelum meletusnya permusuhan di Gornji Vakuf, komander Majlis Pertahanan Croat (HVO) Luka Šekerija, telah menghantar satu permohonan "Military – Top Secret" kepada Kolonel Tihomir Blaškić dan Dario Kordić (yang mana Dario kemudian didapati bersalah oleh ICTY bagi dakwaan jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan seperti pembersihan etnik), untuk peluru-peluru mortar yang terdapat di kilang peluru di Vitez.[102] Pertempuran kemudian meletus di Gornji Vakuf pada 11 Januari 1993, dengan letupan sebuah bom yang diletakkan oleh pihak Croat di sebuah hotel yang dimiliki Bosniak yang digunakan sebagai ibu pejabat tentera, diikuti oleh satu pertempuran. Pada malamnya, bandar ini hebat dibom oleh artileri Croat.[102]

Semasa rundingan gencatan senjata di ibu pejabat Britbat HQ di Gornji Vakuf, Kolonel Andrić, yang mewakili HVO, menuntut agar tentera ARBiH menyerahkan senjata mereka dan menerima agar HVO mengawal bandar ini, serta mengugut sekiranya mereka enggan beliau akan meratakan Gornji Vakuf ke bumi.[102][106] Tuntutan HVO tidak diterima oleh ARBiH dan serangan diteruskan, diikuti dengan pembunuhan besar-besaran penduduk awam Muslim Bosnia di kampung-kampung sekitarnya seperti Bistrica, Uzričje, Duša, Ždrimci dan Hrasnica.[107][108]

Semasa pembersihan etnik Lembah Lašva, kawasan ini dikepung oleh Tentera Darat Croatia dan HVO selama tujuh bulan dan menyerang menggunakan artileri berat serta persenjataan lain (kereta kebal dan penembak tepat). Meskipun etnik Croat sering kali mengatakan bahawa ia merupakan sebab utama serangan ke atas Gornji Vakuf dilakukan, komander bagi sebuah kompeni British Britbat mendakwa tiada pejuang suci Muslim di Gornji Vakuf (biasanya dirujuk sebagai mujahideen Bosnia, dan berdasarkan pada Richard Holbrooke, sebenarnya merupakan Al-Qaeda)[109][tiada dalam ayat yang diberikan]| dan para tentera beliau tidak menemuai seorangpun mereka. Kempen pengeboman dan serangan semasa perang mengakibatkan beratus-ratus orang cedera atau terbunuh, terutamanya penduduk awam Muslim Bosnia.[102]

Penghapusan etnik Lembah Lašva

Mayat-mayat orang yang dibunuh oleh Croat pada bulan April 1993 sekitar Vitez. (Gambar ihsan dari ICTY)

Kempen pembersihan etnik Lembah Lašva ke atas penduduk awam Bosniak telah dirancang oleh para pemimpin politik dan tentera dalam Komuniti Croat di Herzeg-Bosnia bermula pada bulan Mei 1992 sehingga Mac 1993. Pertempuran yang diketuai oleh HVO meletus pada bulan April berikutnya, yang bertujuan untuk melaksanakan objektif-objektif yang disediakan oleh para nasionalis Croat pada bulan November 1991.[50] Etnik Bosniak di Lembah Lašva ditindas atas alasan politik dan keagamaan,[110] secara sengaja didiskriminasi dengan serangan meluas ke atas penduduk awam[111] dan mengalami pembunuhan besar-besaran, perogolan, dipenjarakan di dalam kem-kem, selain pemusnahan ke atas tapak-tapak kebudayaan dan harta persendirian. Ia sering kali diikuti dengan propaganda anti-Bosniak, terutamanya dalam perbandaran di Vitez, Busovača, Novi Travnik dan Kiseljak. Pembunuhan beramai-ramai Ahmići pada bulan April 1993, merupakan kemuncak dalam pembersihan etnik Lembah Lašva, mengakibatkan pembunuhan penduduk awam Muslim Bosnia dalam hanya beberapa jam. Korban termuda adalah seorang bayi berusia tiga bulan, ditembak mati di dalam buaian beliau, dan paling tua adalah seorang wanita berusia 81 tahun. Ia merupakan pembunuhan beramai-ramai paling kejam semasa konflik di antara etnik Croat dan kerajaan yang dikuasai oleh etnik Bosniak.[petikan diperlukan]

Tribunal Jenayah Antarabangsa di bekas Yugoslavia (ICTY) telah memutuskan bahawa jenayah-jenayah diambil kira dalam jenayah menentang kemanusiaan dalam banyak keputusan-keputusan pendakwaan ke atas para pemimpin politik dan tentera Croat, antara yang terkenal adalah Dario Kordić.[102] Berdasarka pada bukti akan pelbagai serangan yang dilakuakn oleh HVO pada masa itu, Dewan Persidangan ICTY menyimpulkan dalam kes Kordić dan Čerkez bahawa menjelang bulan April 1993, kepimpinan Croat memiliki sebuah rekabentuk atau rancangan serupa yang akan dilaksanakan untuk menghapuskan etnik Bosniak daripada Lembah Lašva. Dario Kordić, sebagai seorang pemimpin politik tempatan, telah didapati menjadi perancang dan orang pertama yang melaksanakan rancangan ini.[102] Berdasarkan Pusat Dokumentasi dan Penyelidikan yang berpangkalan di Sarajevo, sekitar 2,000 orang Bosniak daripada Lembah Lašva telah hilang atau dibunuh semasa tempoh ini.[112]

Perang di Herzegovina

Komuniti Croat di Herzeg-Bosnia mengambil alih banyak kerajaan dan perkhidmatan perbandaran di Herzegovina, dengan memecat atau mengurangkan bilangan para pemimpin Bosniak tempatan. Mereka juga mengambil alih media dan menyiarkan idea-idea dan propaganda Croatia. Simbol-simbol dan matawang Croatia diperkenalkan, dan sukatan pelajaran dan bahasa Croatia diperkenalkan di sekolah-sekolah. Ramai etnik Bosniak dan Serb dipecat dari kedudukan dalam kerajaan dan perniagaan persendirian; bantuan kemanusiaan tidak diuruskan dan diagihkan kepada penduduk Bosniak dan Serb; dan Bosniak secara umumnya semakin ditindas. Ramai daripada mereka yang dihantar ke kem-kem tahanan: seperti di Heliodrom, Dretelj, Gabela, Vojno dan Šunje.[petikan diperlukan]

Berdasarkan penghakiman oleh ICTY dalam Naletilić-Martinović, tentera HVO telah menyerang kampung-kampung di Sovici dan Doljani, sekitar 50 kilometer di utara Mostar pada pagi 17 April 1993.[76] Serangan ini merupakan sebahagian daripada serangan HVO yang lebih besar yang bertujuan untuk menawan Jablanica, sebuah bandar yang dikuasi oleh majoriti Muslim Bosnia di kawasan ini. Para komander HVO telah mengira mereka memerlukan dua hari untuk menawan Jablanica. Kedudukan Sovici mempunyai kepentingan strategik bagi HVO kerana merupakan satu-satunya jalan ke Jablanica. Bagi ARBiH, ia merupakan pintu masuk ke penara Risovac, yang mana membolehkan kemaraan ke arah pantai Adriatik. Serangan yang lebih besar oleh HVO ke atas Jablanica telah bermula sejak 15 April 1993. Bedilan artileri memusnahkan bahagian hulu Sovici. Tentera Darat Bosnia menentang balik, tetapi sekitar jam 05:00 petang, komander Tentera Darat Bosnia di Sovici menyerah diri. Sekitar 70-75 anggota tentera menyerah diri. Keseluruhannya, sekurang-kurangnya 400 orang penduduk awam Muslim Bosnia telah ditahan. Kemaraan HVO ke arah Jablanica telah dihentikan selepas satu persetujuan gencatan senjata dirundingkan.[76]

Pengepungan Mostar

Bahagian timur bandar Mostar telah dikepung oleh tentera HVO selama sembilan bulan, dan kebanyakan kota bersejarah ini rosak teruk dibom termasuk jambatan Stari Most yang terkenal.[58] Mostar telah dibahagikan kepada bahagian Barat, yang mana dikuasai oleh tentera HVO dan bahagian Timur yang dikuasai oleh tentera ARBiH. Bagaimanapun, ibu pejabat bagi Tentera Darat Bosnia terletak di tingkat bawah tanah sebuah kompleks bangunan di Mostar Barat yang dirujuk sebagai Vranica. Pada awal pagi 9 Mei 1993, Majlis Pertahanan Croatia telah menyerang Mostar menggunakan artileri, mortar, senjata berat dan senjata kecil. HVO telah mengawal kesemua jalan yang menuju ke Mostar dan akses oleh pertubuhan antarabangsa telah dinafikan. Radio Mostar mengumumkan kesemua penduduk etnik Bosniak supaya mengantung bendera putih di tingkap rumah. Serangan HVO telah disediakan dan dirancang dengan rapi.[76]

HVO menawan bahagian barat kota dan mengusir ribuan penduduk Bosniak ke bahagian timur.[58] Pengeboman HVO telah meratakan dan memusnahkan kebanyakan kawasan di timur Mostar. JNA telah memusnahkan Jambatan Carinski, Jambatan Titov dan Jambatan Lucki yang merentasi sungai termasuk Stari Most.[Penjelasan diperlukan] Tentera HVO (dan divisyen-divisyen yang lebih kecil) terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik dan perogolan ke atas penduduk Bosniak di Mostar Barat dan kawasan sekitarnya. Mereka juga melakukan kempen pengepungan dan pengeboman ke atas kerajaan Bosnia yang menguasai Mostar Timur. Kempeb HVO mengakibatkan beribu-ribu orang cedera dan terbunuh.[58]

ARBiH kemudian melancarkan satu operasi yang dikenali sebagai Operasi Neretva 1993 menentang HVO dan Tentera Darat Croatia pada bulan September 1993 untuk menghentikan kepungan ke atas Mostar, dan menawan semula kawasan-kawasan di Herzegovina termasuk Republik Herzeg-Bosnia Croatia yang diistiharkan sendiri.[113] Operasi telah dihentikan oleh pihak berkuasa Bosnia setelah mereka menerima maklumat berkenaan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk awam dan tawanan perang Croat di kampung-kampung di Grabovica dan Uzdol. Barisan pemimpin HVO (Jadranko Prlić, Bruno Stojić, Milivoj Petković, Valentin Ćorić dan Berislav Pušić) dan pegawai Tentera Darat Croatia Slobodan Praljak telah didakwa di ICTY atas dakwaan termasuk jenayah menentang kemanusiaan, melanggar konvensyen Geneva dan undang-undang atau tataraca perang.[58] Dario Kordić, seorang pemimpin politik Croat di Bosnia Tengah telah disabitkan dengan jenayah menentang kemanusiaan di Bosnia Tengah iaitu pembersihan etnik dan dihukum penjara selama 25 tahun.[102] Komander ARBiH, Sefer Halilović telah didakwa dengan satu perlanggaran ke atas undang-undang dan tatacara peperangan dengan dakwaan jenayah kerana bertanggungjawab ke atas semua peristiwa semasa Operasi Neretva '93, tetapi telah dibebaskan.[petikan diperlukan]

Kawasan Selamat PBB

Dalam cubaan untuk melindungi orang awam, peranan UNPROFOR dipanjangkan ke bulan Mei 1993 untuk melindungi "kawasan selamat" yang telah diistiharkan oleh Majlis Keselamatan PBB di sekeliling Sarajevo, Goražde, Srebrenica, Tuzla, Žepa dan Bihać dalam Resolusi 824 pada 6 Mei 1993. Pada 4 Jun 1993, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 836 yang membenarkan pasukan UNPROFOR untuk menggunakan kuasa bagi melindungi zon-zon selamat ini.[114] Pada 15 Jun 1993, Operasi Sharp Guard, satu sekatan laut di Laut Adriatik oleh NATO dan Kesatuan Eropah Barat bermula tetapi ditarik semula pada 18 Jun 1996 selepas tamatnya sekatan senjata PBB.[114]

Majlis Pertahanan Croatia (HVO) dan Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) masih terus berjuang bersama-sama melawan pasukan Tentera Darat Republika Srpska (VRS) yang lebih kuat di beberapa kawasan di Bosnia dan Herzegovina. Meskipun konfrontasi bersenjata meletus di tengah Bosnia mencetus hubungan tegang di antara HVO dan ARBiH, persekutuan Bosniak-Croat berterusan di Bihać (barat laut Bosnia) dan Bosanska Posavina (utara), di mana pasukan bersekutu ini telah dikalahkan oleh tentera Serb.[petikan diperlukan]

1994

Trup PBB dalam perjalanan di "Lorong Penembak Tepat" di Sarajevo

"Tanpa Serbia, tiada apa akan berlaku, kita tidak mempunyai sumber dan kita tidak boleh berperang."

Radovan Karadžić, former president of Republika Srpska, to the Assembly of the Republika Srpska, May 10–11, 1994.[115]

Pengusiran paksa etnik Bosniak daripada wilayah yang dikuasai oleh Serb mengakibatkan krisis pelarian terus merebak. Beribu-ribu orang menaiki bas keluar daripada Bosnia setiap bulan, diugut atas dasar keagamaan. Pada pertengahan tahun 1994, Croatia dibanjiri oleh 500,000 orang pelarian, dan pihak berkuasa Croatia menghalang sekumpulan 462 orang pelarian yang melarikan diri dari utara Bosnia, dan memaksa UNPROFOR untuk memnyediakan perlindungan kepada mereka.[116]

Pembunuhan beramai-ramai Markale

Pada 5 Februari 1994, Sarajevo mengalami serangan tunggal paling berdarah semasa tempoh kepungan dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Markale pertama, apabila satu peluru meriam berkaliber 120 mm jatuh di tengah-tengah pasar yang sesak, membunuh 68 orang dan mencederakan 144 orang yang lain. Pada 6 Februari, Setiausaha Agong PBB, Boutros Boutros-Ghali secara rasminya memohon NATO untuk mengesahkan bahawa permintaan serangan udara pada masa depan akan dilakukan dengan segera.[117]

Pada 9 Februari 1994, NATO memberi kuasa kepada Komander PAsukan Bersekutu Eropah Selatan (CINCSOUTH), Laksamana A.S Jeremy Boorda, untuk melancarkan serangan udara sekiranya diminta oleh PBB ke atas kedudukan artileri dan mortar di atau sekeliling Sarajevo yang dikenal pasti oleh UNPROFOR sebagai bertanggungjawab akan serangan ke atas sasaran awam di kota ini.[114][118] Greece merupakan satu-satunya negara yang tidak menyokong penggunaan serangan udara, meskipun tidak menggunakan kuasa veto di atas cadangan ini.[117]

NATO juga mengeluarkan amaran kepada Serb Bosnia mendesak agar memindahkan senjata berat di sekeliling Sarajevo menjelang tengah malam 20–21 Februari, atau menghadapi serangan udara.[117] Pada 12 Februari, Sarajevo menikmati hari kematian sifar pertama sejak bulan April 1992;[117] di mana perang ini dipercayai bermula pada 6 April 1992.[119] Pemindahan besar-besaran senjata berat Serb Bosnia bermula pada 17 Februari 1994.[117]

Persetujuan Washington

Perang Bosniak-Croat secara rasminya tamat pada 23 Februari 1994 apabila komander HVO, Jeneral Ante Roso, dan komander Tentera Darat Bosnia, Jeneral Rasim Delić, menandatangani sebuah persetujuan gencatan senjata di Zagreb. Pada 18 Mac 1994, satu perjanjian damai yang dikenali sebagai Persetujuan Washington yang ditaja oleh Amerika Syarikat dengan puak Croat (diwakili oleh Republik Croatia) dan Republik Bosnia dan Herzegovina telah ditandatangani di Washington dan Vienna.[120]

Persetujuan Washington menamatkan perang antara puak Croat dan Bosniak dengan membahagikan wilayah yang disatukan yang dikuasai oleh tentera kerajaan Croatia dan Bosnia kepada sepuluh wilayah autonomi, yang mana mewujudkan Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Ini mengurangkan bilangan pihak-pihak yang berperang kepada Persekutuan Bosnia dan Herzegovina (Tentera Darat Persekutuan Bosnia dan Herzegovina) yang terdiri daripada Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) dan Majlis Pertahanan Croatia (HVO), dengan Republika Srpska (Tentera Darat Republika Srpska) (VRS).[petikan diperlukan][Penjelasan diperlukan]

UNPROFOR dan NATO

NATO mula terlibat secara aktif apabila jet-jet mereka telah menambak jatuh empat buah pesawat Serb di ruang udara tengah Bosnia pada 28 Februari 1994 kerana melanggar zon larangan terbang PBB.[121]

Pada 12 Mac 1994, Pasukan Perlindungan PBB (UNPROFOR) membuat permintaan pertama untuk memohon sokongan udara NATO, tetapi sokongan udara rapat tidak diaturgerak, di sebabkan oleh beberapa kelewatan dalam proses kelulusan.[122]

Pada 20 Mac, sebuah konvoi bantuan bekalan perubatan dan doktor tiba di Maglaj, sebuah bandar dengan penduduk seramai 100,000 orang, yang mana telah dikepung sejak bulan Mei 1993 dan meneruskan hidup dengan bekalan makanan yang digugurkan oleh pesawat Amerika Syarikat. Konvoi kedua pada 23 Mac telah dirampas dan dijarah.[120]

Pada 10–11 April 1994, UNPROFOR meminta bantuan serangan udara untuk melindungi Goražde kawasan selamat, mengakibatkan pengeboman pos markas tentera Serbia berhampiran Goražde oleh dua buah jet F-16 Amerika Syarikat.[114][120][122] This was the first time in NATO's history it had ever done so.[120] Kejadian ini menyebabkan seramai 150 orang anggota PBB telah ditawan pada 14 April.[114][122] Pada 16 April, sebuah pesawat Sea Harrier Britain telah ditembak jatuh di ruang udara Goražde oleh tentera Serb. Pada 15 April, garis pertahanan kerajaan Bosnia berjaya dipecahkan.[120]

Sekitar 29 April 1994, sebuah kontigen Denmark (Nordbat 2) dalam tugas menjaga keamaan di Bosnia, sebagai sebahagian daripada batalion Nordic UNPROFOR yang bertempat di Tuzla, telah diserang hendap apabila mereka cuba untuk membantu sebuah pos pemerhatian Sweden (Tango 2) yang sedang diserang dengan tembakan artileri berat oleh briged Šekovići Serb Bosnia di kampung Kalesija. Serangan hendap ditumpaskan apabila tentera PBB membalas dengan tembakan berat dalam apa yang dikenali sebagai Operasi Bøllebank.[petikan diperlukan]

Pada 12 Mei, Senat A.S menerima Templat:USBill daripada Sen. Bob Dole untuk secara sebelah pihak menghapuskan sekatan senjata ke atas Bosnia, tetapi ia kemudian telah ditolak oleh Presiden Clinton.[123][124] Templat:USPL telah ditandatangani oleh Presiden pada 5 Oktober 1994 dan menyatakan sekiranya Serb Bosnia tidak menerima cadangan Kumpulan Penghubung menjelang 15 Oktober, Presiden akan membawa sebuah usul ke Majlis Keselamatan PBB untuk menamatkan sekatan senjata dan sekiranya ia tidak diluluskan menjelang 15 November hanya kelulusan daripada kesemua ahli PBB di bawah Resolusi 713 boleh digunakan untuk menguatkuasakan sekatan, yang mana menamatkan sekatan senjata.[125]

Pada 5 Ogos, dengan permintaan UNPROFOR, pesawat NATO telah menyerang sebuah sasaran dalam Zon Eksklusif Sarajevo selepas senjata telah dirampas oleh Serb Bosnia daripada sebuah tapak pengumpulan senjata berdekatan Sarajevo. Pada 22 September 1994, pesawat NATO melaksanakan serangan udara ke atas sebuah kereta kebal Serb Bosnia juga atas permintaan UNPROFOR.[114]

Pada 12–13 November, A.S melaksanakan tindakan sebelah pihak dengan menghapuskan sekatan senjata ke atas kerajaan Bosnia.[125][126]

Operasi Amanda adalah sebuah misi UNPROFOR yang diketuai oleh pasukan pengaman Denmark yang bertujuan untuk menawan semula sebuah pos pemerhatian berdekatan Gradačac, Bosnia dan Herzegovina, pada 25 Oktober 1994.[127]

Pada 19 November 1994, Majlis Atlantik Utara meluluskan pemanjangan Sokongan Udara Dekat kepada Croatia untuk melindungi tentera PBB di negara itu.[114] Pesawat NATO menyerang lapangan terbang Udbina di kawasan yang dikuasai oleh Serb di Croatia pada 21 November, sebagai tindak balas ke atas satu serangan yang dilancarkan daripada lapangan terbang ini ke atas sasaran-sasaran di Bihac, Bosnia dan Herzegovina. Pada 23 November, selepas serangan dilancarkan daripada sebuah tapak peluru berpandu permukaan ke udara di selatan Otoka (barat laut Bosnia dan Herzegovina) terhadap dua buah pesawat NATO, serangan udara dilakukan ke atas radar-radar pertahanan udara di kawasan tersebut.[114]

1995

Bosnia dan Herzegovina sebelum Persetujuan DaytonDuduk dari kiri ke kanan: Slobodan Milošević, Alija Izetbegović dan Franjo Tuđman menandatangani persetujuan damai terakhir di Paris pada 14 Disember 1995.

Perang berlanjutan sehingga November 1995. Pada Julai 1995, pasukan Tentera Darat Republika Srpska (VRS) di bawah Jeneral Ratko Mladić menduduki "kawasan selamat" PBB di Srebrenica, timur Bosnia di mana sekitar 8,000 lelaki telah dibunuh dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai Srebrenica (kebanyakan wanita dihalau keluar ke wilayah Bosniak, di mana ada antara mereka yang dirogol dan dibunuh).[128] Pasukan Perlindungan PBB (UNPROFOR), yang diwakili oleh sebuah kontigen tentera pengaman Belanda (Dutchbat) berkuatan seramai 400-orang, telah gagal mempertahankan bandar ini daripada ditawan oleh VRS dan pembunuhan beramai-ramai selepasnya.[129][130][131][132]

ICTY telah memutuskan bahawa peristiwa ini adalah satu genosid dalam kes Krstić. Sejajar dengan Persetujuan Split antara Bosniak-Croat, tentera Croatia yang beroperasi di barat Bosnia dalam Operasi Musim Panas 1995 dan pada awal Ogos telah melancarkan Operasi Ribut, untuk menawan Krajina Serb di Croatia. Oleh itu, perikatan Bosniak-Croat mencapai kejayaan dalam peperangan, menawan semula kebanyakan barat Bosnia dari tangan VRS dalam beberapa operasi termasuk: Operasi Mistral 2 dan Operasi Sana. Tentera VRS melakukan beberapa pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1995: pembunuhan beramai-ramai Tuzla pada 25 Mei, pembunuhan beramai-ramai Srebrenica dan pembunuhan beramai-ramai Markale kedua pada 28 Ogos. Pada 30 Ogos, Setiausaha Agung NATO memgumumkan permulaan Operasi Deliberate Force, sebuah serangan udara besar-besaran ke atas kedudukan Serb Bosnia yang disokong dengan serangan artileri oleh pasukan tindakan pantas UNPROFOR.[133]

Pada 14 September 1995, serangan-serangan udara NATO telah digantung bagi membolehkan pelaksanaan sebuah persetujuan dengan Serb Bosnia untuk mengundurkan artileri berat di sekeliling Sarajevo.[petikan diperlukan] Dua belas hari kemudian, pada 26 September, sebuah persetujuan lanjut akan prinsip-prinsip untuk sebuah perjanjian damai telah dicapai di New York City antara menteri-menteri luar dari Bosnia dan Herzegovina, Croatia dan Republik Persekutuan Yugoslavia.[134] Satu gencatan senjata selama 60-hari berkuatkuasa pada 12 Oktober, dan pada 1 November rundingan damai bermula di Dayton, Ohio.[134] Perang tamat dengan Persetujuan Damai Dayton ditandatangani pada 21 November 1995; versi terakhir persetujuan damai telah ditandatangani pada 14 Disember 1995 di Paris.[petikan diperlukan]

Berikutan dengan Persetujuan Dayton, satu Pasukan Pelaksanaan NATO (IFOR) telah diaturgerak ke Bosnia-Herzegovina. Ianya berkuatan seramai 80,000 orang, bersenjata berat dan diberi mandat untuk melepaskan tembakan sekiranya perlu untuk menjayakan operasi ini, telah diaturgerak bagi menguatkuasakan perdamaian, selain tugas-tugas lain seperti memberi bantuan kemanusiaan dan politik, pembinaan semula, menyediakan bantuan untuk orang awam kembali semula ke rumah mereka, mengumpul senjata, dan membersihkan periuk api dan bahan letupan dari kawasan yang terlibat.[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Bosnia http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.cobiss.ba/scripts/cobiss?ukaz=DISP&id=2... http://www.gfbv.ba/index.php?id=126 http://www.idc.org.ba/aboutus/Overview_of_jobs_acc... http://www.prometej.ba/clanak/drustvo-i-znanost/sp... http://www.cbc.ca/news/world/story/2012/04/05/f-bo... http://www.cbc.ca/world/story/2010/04/14/croatia-b... http://pi.library.yorku.ca/ojs/index.php/refuge/ar... http://www.unhchr.ch/tbs/doc.nsf/(Symbol)/33337863... http://www.amazon.com/My-War-Gone-By-Miss/dp/01402...